SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, March 22, 2011

Bukit Fraser, Pahang

Awal minggu cuti persekolahan penggal pertama bulan May, ada lagi jalan-jalan. Kak Rozie dapat tempah apartment kat Fraser's Hill lagi. Tak boring kat sini sebab boleh buat macam-macam dan tak ramai orang.
Kita orang bertolak dari rumah seawal 6:30 pagi. Seperti biasa, nak lalu kampung sambil menghirup udara segar. Padahal semua duduk dalam ekon.
Lalu jalan lama, iaitu Jalan Kuching pastu Templer park, lalu gak kat Serendah kot. Berhenti minum kat pekan Kuala Kubu Baru kot namanya. Dah lupe.

Muka ceria nak gi jalan-jalan.
Sebelum naik, kenalah lalu depan Empangan Sungai Selangor ni. Empangan buatan manusia rasanya dan sangat besar. So kenalah keliling empangan tu untuk memanjat puncak fraser tu.
Gosip ibu-ibu semasa berhenti rehat kat empangan.

Kanak-kanak yang ceria!
Ini kat Gap bawah. Kena tunggu waktu ganjil untuk naik atas. Kalau sampai pukul 8, kenalah tunggu pukul 9 sebab jalan ke puncak hanya boleh dilalui sehala sahaja, iaitu samada turun atau naik. Laluan gap ini dibuka pukul 8pagi hingga 8malam sahaja kot. Kalau sampai lepas 8 malam, pandai-pandai sendiri le nak naik. Takde sapa nak jaga.
Kat Gap. Kena tunggu kat sini kalau masanya adalah genap.
Tapi kat sini pun boleh sembang-sembang ngan orang lain juga. Ada gerai dan tandas disediakan. Sambil-sambil tu boleh ber'camwhore'.
Kaklong-kaklong yang rajin menjaga adik-adik.
Kat sini le kami tinggal.
Maaf le. Takde gambar yang clear. Kalau ada pun, nampak muka aku yang kepenatan.
Boating time!
Ashraf dan babah bersedia nak mengayuh. chewah!

Babah dan Ashraf sedang 'boating'
Ini aku rasa kolam tadahan untuk sumber air.
Me and Yatie. Baik bot tu tak senget!.
Kolam tu juga ada ikan dari anak ikan sampai le atuk ikan. Besar kecik sumer ada. Boleh bagi makan juga. Ada dijual makanan kat orang yang jaga bot tu. Singgit satu bungkus. Kenyang giler ikan-ikan tu agaknya kalau time cuti sekolah.
Bapak-bapak serta ibuk-ibuk!!

Anak-anak kegirangan. Mak bapak kepeningan.
Menara tinjau. Tak tau sapa punya. Pakai naik ajelah.
Gambar dari menara.
Time ni le nak bersenam. Selalu senam kat dapur je.
Boleh gak main golf kat 'golf putting'
Ibu beraksi, walaupun tak reti.
Fav anak-anak lee..
Babah menurunkan ilmu kat Ashraf.
Satu-satunya kedai kat sini. Di pintu masuk Bukit Fraser.


Permandangan dari atas bukit
Latar belakang Empangan Sungai Selangor.


2 comments:

Nava Kishnan said...

Its a nice place to relax and also de-stress.

aku ekynn said...

yup! just relaxed! enjoy the environment!