Hari ni aku ulang lagi tahun kelahiran aku yang ke 39 tahun. Lagi setahun je nak cecah 40 tahun. Rasa macam banyak benda belum buat lagi. Dengan ilmu dan amal yang tak pernah cukup le. Amalan baik dan buruk sentiasa ada. Dan rasanya 10 tahun lepas pun macam ni juga perasaan aku. Masa berlalu dengan cukup pantas tanpa aku sedari.
Dan aku meng’check’ apa yang sedang aku pertingkatkan dan apa yang aku akan usahakan. Dan pasti dengan izin Allah, semoga diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang diberkat, diredhai dan doa serta cintakasihsayang dari orang-orang yang tersayang.
Apa-apa yang berlaku biarlah berlalu. Bukan kuasa aku nak mengubah semuanya. Hanya pelajari dari kesilapan saja agar tak berulang. Dan yang paling penting, aku sentiasa mendapat kasih sayang tak berbelah bagi dari sang suami walau aku bukannya sempurna, begitu juga dia. Sebab itulah dia ada bersama aku. Sentiasa melengkapi antara satu sama lain dalam 12 tahun melayari bahtera. Semoga dengan izin Allah, kapal kami sentiasa belayar dengan megahnya meredah ombak lautan kehidupan.
Aku juga berterima kasih dan bersyukur kerana masih dapat mencium tangan ibu aku dalam usia aku yang begini. Kerana aku amat perlukan doanya. Kerana doanya tiada hijab. Tiada halangan. Terus menerus dan pastinya ikhlas dari hatinya.
Aku juga bersyukur kerana Allah merapatkan hati aku bersaudara. Walaupun kami 8 saudara, semuanya rapat. Tiada sengketa atau pergaduhan yang membebankan hati ibu kami. Syukur atas muafakat ini serta doa ibu. Walaupun semasa kecil, baling selipar, tarik baju, tolak menolak dan gigit mengigit dah macam jadi acara wajib. Keputusannya pasti rotan sedas dua sewaktu mengaji dengan arwah abah.
Dan pasti dalam 12 tahun ini aku rindukan arwah abah yang pergi mengadap penciptaNya terlebih dahulu 20 hari sebelum pernikahan aku. Al-fatihah untuk arwah abah juga yang tak sempat mewalikan aku, anak perempuan bongsunya. Arwah abahlah yang paling aku respek. Sebab dalam garang-garang dia pun, dia selalu bercerita kisah-kisah nasihat dan teladan. Akulah yang paling jarang kena rotan berbanding yang lain.
Aku juga bersyukur dengan kehadiran Ashraf dalam kehidupan kami. Dia membawa rezeki dan keceriaan dalam hidup aku sekeluarga. Saat dia membesar adalah saat yang paling berharga. Setiap waktu aku berdoa agar Allah sentiasa melindungi dia dan moga Allah beri aku peluang membimbing dan melihat dia berjaya. Mungkin itu juga doa ibu aku setiap waktu.
Aku juga bersyukur dengan kehadiran Ashraf dalam kehidupan kami. Dia membawa rezeki dan keceriaan dalam hidup aku sekeluarga. Saat dia membesar adalah saat yang paling berharga. Setiap waktu aku berdoa agar Allah sentiasa melindungi dia dan moga Allah beri aku peluang membimbing dan melihat dia berjaya. Mungkin itu juga doa ibu aku setiap waktu.
” Ya Allah, terima kasih atas semua rahmat yang Engkau berikan. Aku berdoa semoga diberi lagi kekuatan menunaikan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan juga ibu. Amin”
1 comment:
sepuluh tahun akan datang...alongpon akan rasa mcm apa yg mak uda rasa. even skrg pon dah rasa sikit2.moga Allah bagi kesempatan pd along utk berjasa pd mak abah puas2. and of course make them happy...Amin
Post a Comment