Selepas lepak kat Summerset 1 malam, ktorg pergi ke Pantai Penyabung. Lebih kurang 1jam perjalanan.
Ktorg mengidap kat Endau Beach Resort. Aku rasa yang tercantik kat sini. Lagipun ada kolam renang, Resort lain takde pulak aku nampak macam ni.
Chaletnya bertingkat-tingkat dengan beranda yang cantik. Tengok ajelah gambar ni. Memang tenang fikiran duduk kat sini. Dari chalet pun boleh nampak laut dan matahari terbit dan terbenam.
Petangnya pulak, ktorg booking bot untuk ke Pulau Batu. Lebih kurang 20min dari Pantai Penyabung. Memang tak ramai yang pergi. Lagipun mungkin ada yang suka lepak pantai tengkorak, yang bersebelahan saja. Sepanjang perjalanan, ada juga nampak kelong. Menurut pakcik yang bawa bot tu, ramai orang Singapura yang berkeluarga lepak kat sini. Tapi memang betul pun. Aku nampak banyak kereta-kereta luar parking kat jeti.
Ok. Sambung lagi next page. Haahaa.... aku kurang idea okeh!
No comments:
Post a Comment