SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, February 01, 2011

Cuti: Hari Wilayah 1 Februari 2011

Salam.
Hari ni aku kerjalah. Aku kan luar daerah KL. Kalau 3 tahun dulu syok2 je aku rembat cuti. Ialah, 9 hari cuti tapi apply untuk 2 hari je. Sementara rakan-rakan aku yang lain pun syok2 cuti sempena Chinese New Year ni.
Ok. Jom dapat ilmu sikit camna boleh panggil Hari Wilayah. Wilayah Persekutuan ni ada 3 bahagian iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Menggunakan bendera Wilayah Persekutuan, dan ada bendera masing-masing juga yang masih digunakan.

Bendera Wilayah Persekutuan

Bendera Kuala Lumpur

Bendera Putrajaya


Bendera Labuan
Wilayah Persekutuan secara langsung di tadbir oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Dan di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan atas pemerintahan Yang DiPertuan Agong. Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula sebagai menteri.

Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974 dan menjadi ibu negara Malaysia dan ibu kota Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Pentadbirannya adalah di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bangunan Parlimen juga ditempatkan sini.

Labuan pula ditubuhkan pada 16 April 1984 sebelumnya adalah sebahagian dari pentadbiran Sabah. Di letakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC).

Putrajaya pula ditubuhkan pada 1 Februari 2001, di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Dan sehingga kini ia masih menjadi pusat pertadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pasa 27 Mac 2004, permbentukan kabinet yang baru oleh Pak Lah a.k.a. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu telah menubuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memberi tumpuan khusus untuk wilayah ini.

Sambutan dan perarakan sempena Hari Wilayah ini telah berlangsung pada sabtu yang lepas, 29 Januari 2011 di Dataran Merdeka. Ramai juga orang-orang yang tak 'alert' menyebabkan KL jem. Mungkin diorang tak perasan atau memandu laju tanpa melihat papan ITIS (Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu) di sepanjang lebuhraya.
So.. sekarang aku kenalah sambung kerja. Aku tak cuti okeh!!

No comments: