Site office aku kena pecah masuk malam tadi. Entah kerja sapa le (walaupun boleh suspek.. hheheh). Orang buat amal ibadah dalam bulan posa ni, dia pulak pergi merompak. Cari duit untuk raya kot.
Perompak masuk melalui bilik 'construction manager' aku. Aku tak tau.. mungkin dia lupa kunci tingkap selepas hisap rokok. Sebab takde pun cermin tu kena pecah. Hanya 'blind' aje yang penuh lumpur. Lagipun tingkapnya berdepan dengan jalan besar. Opis aku ni atas bukit, mungkin takde sapa yang perasan.
Ini bekas lumpur kat tempat duduk aku. Mungkin masa ni dia sedah berusaha untuk mengumpil laci yang aku kunci. Habis dia umpil tau. Geram aku.
Inilak.. kasut aku. Mungkin dia cuba pakai.. kot-kot muat le.. tapi sebelah je dia belasah. Belasah kanan. Lagi sebelah lagi, dia berkaki ayam.
Sebab hanya tapak kaki sebelah kiri je kat sekitar meja aku ni.
Bawah ni pulak kerusi aku yang dia duduk. Penuh lumpur. Oppss.. lupa nak bagitau, petang semalam kat sini memang hujan lebat hingga ke pagi. Sebab tu dimana-mana je ada lumpur bekas tapak kaki
Tengok! Sebelah tapak je dia guna sebab sebelah lagi dia pakai kasut aku. Yang aku heran, kasut aku size 6, tapi mengikut size tapak kaki, aku rasa size 9 kot.. besar. Mungkin juga orangnya kurus tinggi.. Chewah!!.. macam CSI pulak!
Tapi yang paling aku sedih, perompak tu ambil semua duit syiling 50sen yang aku kumpul. Hempeh tau! Kalau tak.. boleh aku guna untuk bagi duit raya. Rasa-rasanya adalah RM30 kot.
Takpelah.. benda dah lepas. Duit boleh dicari... Nyawa yang takde galang gantinya.
1 comment:
Takutknya kak..saya pun ada simpan duit syiling kat office..banyak tau kak..dekat beratus gak..harap2 tak ada apa2lah coz saya nak bank in dalam account Haziq nanti
Post a Comment