SuperHeroin kawan nuffnang

Monday, June 14, 2010

Kuala Sepetang a.k.a. Port Weld

Salam..
Mana agaknya program cuti sekolah korang. Aku tak gi memana. Hanya jalan dekat-dekat je. Masa Wesak hari tu, aku jalan-jalan g Pulau Redang. Ala tak jauh le... sepelaung je dah sampai.
Pastu minggu seterusnya.. apa lagi. Aktiviti biasa le bila cuti sekolah. Acara ni memang takleh dilupekan untuk digandingkan bila cuti sekolah iaitu majlis kawin. (pss.. ni nanti akak citer)..
Pastu bila dah selamat kenduri umah perempuan, nak jugak ngantau pengantin perempuan kat umah lelaki.
Sambil menyelam sambil minum air le..heheh..Nak ngantau lak pun bukannya jauh. Dekat Batu Kurau, Perak. Langsung dah jalan ke Perak tu.. terus ajelah ke Kedah. Tapi Kedah takde apa sangat. Lain le kalau dapat gi Langkawi. So.. aku terus le ke Penang. Kan aku dah kata, aku jalan dekat2 je..
Jap aku paste apa yang best..

Ni.. selepas bertolak dari Nilai pukul 4petang, dan selepas mengharungi hujan lebat serta jem di highway, aku sampai ke Kuala Sepetang lebih kurang 8:30mlm. Keadaan agak gelap dan basah. Mencari kedai ni senang je sebab kat GPS pun dah ada nama kedai ni. Glamer kan. Tapi rasa tak tau lagi.hehe..Kedai ni terletak di Kuala Sepetang a.k.a. Port Weld yang dulunya adalah sebuah pelabuhan yang terawal dan juga memiliki landasan keretapi pertama yang menghubungkan Port Weld dan Taiping. Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang juga ada kat sini. Sayang.. aku datang dah lewat malam. Kalau siang sikit, mungkin aku dapat tunjukkan Ashraf hutan paya bakau.
Ni Babah ngan Ashraf setia menunggu. Ashraf tu tak heran sangat pasal makan2 ni. Dia sibuk ngan jam Ben-10 yang boleh keluar lampu2 tu. Baru je beli semalam.
Ni yang aku sempat 'capture' sebab mood lapo gile. Warna kedai purple tau!!
Taraaa... ni mee udang banjir. Nampak tak seketul2 udang tu. Lebih kurang ada 8 ekor. Oh.. lupe nak bagitau.. yang ni semangkuk RM10 hinggit. sebab udang laut. Ada gak yang murah RM6 tapi udang kolam. Dan ada juga RM12. Mungkin yang ni laut dalam kot.ehhehe.. nak tangkap susah oooo.. sebab tu harga mahal.

Dan ini aku le. Lapo tau tunggu. Tapi setelah makan, aku rasa kan.. ini aku rasa, tak tau le apa korang rasa..
Aku rasa biasa je. Tak le sedap sesangat. Dan tak pedas. Tapi rasa manis udang tu adalah. Okleh le.. At least aku dah makan. Dan aku rasa ekim pun belum pernah gi lagi. Tak gitu... heheh..
Nanti aku paste lak aktiviti lain sepanjang aku berjalan dekat-dekat Malaysia je..

5 comments:

Mama Ezry said...

Akak.. amboi kemain lagi dok mentioned nama saya kt sini ek. nak kena ni..ooo dtg Perak bukan nak singgah pun dah sah2 lalu kt tol jelapang tu kan??? ini boleh mendatangkan kemarahan tau..

Anonymous said...

macam sodap jek ateh...

Rizziela said...

saya teringin sangat nak makan mee udang ni..tapi hubby tak pernah mau singgah...dia x suka ikut jalan dalam..mcm mana nak rasa?

aku ekynn said...

ekim... hahaha.. tol jelapang mana akak ada masuk?
along.. sodap hingga jilat siku
ziela...mana ada jalan dalam.. masuk tol changkat jering jee.. lebih kurang 15~20min dah sampai

Leez M. Saaid said...

sedapnya tgk mee udang tu..
famouskan tempat ni...kena try on day .