SuperHeroin kawan nuffnang

Friday, February 12, 2010

Sabah.. bah.. (Hari pertama)



Pada 27Januari yang lalu aku, babah dan Ashraf telah terbang ke Kota Kinabalu. Tiketnya aku dah lama beli. Bulan Februari tahun lalu lepas masa Air Asia buat free tambang. Aku cepat2 le rebut peluang ni. Yang paling seronok Ashraf le. Memang dia teringin sangat nak rasa camna perasaan naik kapal terbang. Yelah.. selalu nampak atas kepala je. Sebab airport kan dekat ngan rumah aku. Takpun bila babah hantar barang kerja kat Egypt Air.
Bangun pagi pun senang.. kan.. kan..
Kat Terminal 2 Kota Kinabalu, kami disambut oleh kawan Babah, Ben dan isterinya. Kami rupanya kereta yang kami booking pun ada juga. Janji amik kat hotel je. Takpelah. Ben pun ajaklah kitaorang gi makan2 dulu kat Pantai 1. Kedai makan biasa je. Tak amik gambar pun. Sebab keletihan kot. Pantai 1 tak berapa cantik berbanding ngan pantai 2. Makanan pun sama je kat Semenanjung. Cuma agak mahal sikit
Ni bilik hotel Kat Hotel Promenade. Cantik dan bersih. Tak mahal pun. Dan permandangan pun cantik.
















Ni kat Jesselton Big Clock kot. Dulu Kota Kinabalu ni namanya Jesselton sebelum ditukar ke Kota Kinabalu.
















Ini kelisa yang disewa. Teruk keta ni. Berderap derup bila tukar gear. Takut lak nak naik Kundasang.







Permandangan waktu malam dari bilik. Yang Pulau tu Sutera Habour. 5 star hotel. Manalah aku mampu. Tunggu le kalau babah punya bisnes dah okey!..Aminnnn..









Ni pulak malamnye masa gi makan kat Village Seafood. Best makan kat sini. Rasa nak belasah je makan. Tapi Ashraf ni.. yang memaksa ibu kontrol. ehehehe..Takleh nak duduk diam. sabau ajelah.

1 comment:

Mama Ezry said...

Wahh.. best nyer Ashraf pi cuti2 msia.. ni tak sabo nak tg Ezry beso ni senang nak hangkut pi mana2.. Skang ni mak ai bukan main payah lagi.. nak pi mana2 mcm nak pg pindah jer sume nak kena bawak...