SuperHeroin kawan nuffnang

Thursday, December 24, 2009

Pagi di Suatu Pagi..

Semalam petang hujan turun selepas 3 hari tak hujan. Okeylah tu. Ada panas ada hujan. Bersyukurlah.. Malam semalam g makan kat Bagan Lalang ber3. Lama tak makan. Syok.. sampai tak sempat nak amik gambar. Tapi masakan malam ni macam kurang mengancam le pulak... Mungkin tukang masak yang dulu dah resigned kot...Emm.. apa-apa pun Alhamdulillah.. selamat.. kenyang jugak perut aku.

Pagi ni pulak.. kabus tebal sangat. Pandangan lebih kurang 100m aje.. Ni gambar-gambar yang sempat aku capture sambil memandu dan melayan Ashraf berceloteh. Gambar dai Handphone SE P1i aku ni.


Macam nak naik Cameron Highland je.

Kabus tebal. 100m baru nampak sinar lampu motor. Dalam cuaca macam ni, lampun kereta kenalah dipasang. Untuk mengelak kejadian tak diingini


i luv this scene. Cantik bangat eh.. sangat.. dah terikut slang Indon lak. BTW kira2nya rumah aku ni kawasan bukit. Itu yang berkabus tebal.. Ala-ala Genting.. isk.. Genting le pulak..






Ni lak dah dekat sampai sekolah Ashraf. Dia very good mood today. Takde complaint ngantuk le.. apa le.. tapi pagi tadi dah melalak kejap. Ngada taknak pakai baju. Dia nak juga pakai baju Transformer yang sudah agak lusuh tu.

Tengoklah tu. Happy dah sampai sekolah. Hari ni janji ngan dia nak bawa g dentist. Entah dia tau ke tak.. Takut juga dia melalak..

No comments: