SuperHeroin kawan nuffnang

Tuesday, April 27, 2010

Can i be there? - 1Superkids-MBP Family Day..


Selak-selak MBP tadi dah nampak event ni. Wah.. bagusnya.. boleh le aku join. 9 haribulan... agak-agak babah free tak. Aku kenalah tanya babah dulu. Sekarang ni bukan boleh main redah je. Ada je program dia ngan bisnes yang baru bermula tu. Takpe.. nanti aku tanya Ana.. dia nak join tak?
Aku tengok event dia menarik gak le. Ada face painting, buat kraf, kaler-kaler, ada clown, ada playhouse disney dan yang penting.... BOLEH MAKAN FREE..
So guys.. check this out.. http://1Superkids.com

1SUPERKIDS CLUB LAUNCHING & FAMILY DAY
Masa : 2ptg – 6ptg
Tarikh : Ahad, 9hb Mei 2010
Bayaran : PERCUMA!! (FAKTOR PENTING NI)
Lokasi : Wisma Bling Lustre, TanMing Boulevard, Tmn Meranti Jaya, Puchong
(tengok map kat bawah)
Pendaftaran terbuka pada semua orang. Hanya klik je kat sini :  http://mysuperkids.net/contact/ atau email kat mommy@fahry.net. Pastu bagi le
1. Nama Penuh (DAH)
2. Berapa orang dewasa dan kanak-kanak (UDAH) 

Jangan lupe letak tajuk : Family Day Registration.
CEPAT.. CEPAT! 100 yang pertama akan dapat 'doorgift' sponser oleh Maybeline, Bling-Bling and banyak lagi! Dan 50 keluarga yang pertama akan dapat barangan istimewa. (MINTA-MINTA AKU DAPAT LE NI)

Family ni kan hari kita bersama keluarga bergumbira, beraktiviti, beriadah dan ber.. ber.. yang lain yang berkaitan keluarga. Macam aku bagitau kat atas tadi.. macam-macam ada...
Ni map nak gi sana..

Map pun aku dah paste.. so pepandai le korang cari..
See u thereeeeeeee..........


Saturday, April 24, 2010

SMMA-1985-1A3

Sejak ada FB ni,ramai le juga kengkawan aku yang berjumpa kembali. Macam jejak kasih pulak. Yang jadi masalah... aku ni pelupa. Ramai gak kengkawan aku ni, aku lupa nama dorang. 
Ini kelas aku. 1A3 kat Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Batu Berendam Melaka. Sekolah ni dekat je ngan rumah aku. Aku sebenarnya dapat tawaran ke sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Durian Daun, tapi sebab kesihatan ayah aku masa tu tak mengizinkan untuk dia hantar dan menjemput aku, so kenalah aku sekolah dekat rumah je.. Sian..
Yang aku ingat nama-nama kat sini ialah lelaki di barisan pertama:
X, Azhar Osman, X, Yusrizal Yusuf kot, Martin Quek, adik cikgu Yahya (aku lupe nama), X, X, X,
Yang perempuan baris 2... amoi tu haram aku tak ingat... Pastu NoorBashara, X, Rozita Karim, Nani Rahayu, Rozana, Aishah, X, AKU, X
Baris ke-3 pulak..SitiMariam, Norvivi'ain, NoorHaslinda, Ravtah, Rohani Tahir, Armila Sunar, Cikgu yg aku tak ingat.. dan amoi-amoi yang aku langsung tak hinggat..
Amoi kelas aku ni cun-cun, tapi masalahnya aku tak ingat nama. Isk.. kalau le boleh diulang semula masa, akan aku catitkan dalam diary.. Masalah lain lak. Diary pun aku tak ingat mana aku letak... Boleh?!!

Thursday, April 22, 2010

April 22, Earth Day

Setiap tahun, pada 22 April, kita akan menyambut Hari Bumi. Tanya pada diri kita sendiri bagaimana kita menjaganya.

AIR.. adakah anda menolong?

Semalam lepas tengok Adamaya, teus tukar chanel TV1. Kan setiap hari ada Discovery Channel. Nak tunjuk le kat Ashraf kot-kot ada binatang2 ke atau burung2 ke.
Tapi last2 yang tengok bukan Ashraf. Ibu dia pulak. ni semua pasal AIR.
Sebenarnya kat Amerika, (yang aku tengok kat Tucson), sedari kecil lagi mereka telah diajar untuk menjimatkan air. Ada juga sumber-sumber air bawah tanah yang digunakan untuk tujuan pertanian. Dan petanilah mangsa jika krisis air ni berlaku.
Air adalah menjadi isu penting sekarang ni di mana2. Tengok ajelah kat Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangaor dan Pulau Pinang yang sengsara kerana pemotongan bekalan air dan catuan.
So setelah google.. inilah...
Cara menjimatkan air di bilik air.
1) 75% punca kehilangan air terbesar adalah dari bilik mandi kita.
2) Bila mandi, cubalah kurangkan sikit masa. Kerana jika 10minit, kita guna 40gelen air. Kalau mandi 5 min, boleh le kurangkan 20gelen.. dan kalau mandi cam P.Ramlee dalam filem Bujang Lapuk.. sure banyak dah jimat...
3)Pasang pancuran air paip yang bertekanan rendah. Mungkin tak nampak sangat bezanya, tapi meter penggunaan air akan turun.
4)Periksa aliran air tangki ke bilik air samada bocor atau tidak.
5)Minumumkan penggunaan air tangki curah/flush.Jika tangki curah yang lama, memang guna byk air. Letakkan botol2 kosong atau pasir atau batu-batu kecil ke dalam tangki flush untuk mengurangkan air setiap kali kita flush. Sekarang kat pasaran ada jenis yang menjimatkan air. Dan juga dwi-fungsi. Bagus gunakan dwi-fungsi kerana kita boleh menjimatkan untuk penggunaan yang betul.
6)Letakkan baldi berhampiran dgn pancuran air. Air yang berlebihan boleh digunakan untuk mencurah tandas atau membersihkan laman.
7)Tutup pancuran air ketika menggunakan sabun, menggosok gigi, cuci muka atau bercukur. Cara yang terbaik adalah menggunakan gelas.
Cara menjimatkan air seluruh rumah.
1)Tadah air hujan. Guna untuk basuh kereta, basuh rumah, siram pokok bunga dan sebagainya.
2)Tunggu hingga muatan mesin baju penuh, barulah digunakan. Kerana kadar air yang digunakan adalah sama jika muatan kurang.
3)Siram pokok bunga awal pagi atau senja untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat dari  kepanasan.
4) Jangan menyiram secara berlebihan dan elakkan menyiram pada hari hujan.
5) Penggunaan pemercik air atau sprinkler water tidak digalakkan. Jika taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah aje.
6) Elak penggunaan baja yang berlebihan. Seeloknya gunakan baja nitrogen berasakan air.
7) Gunakkan penyapu utk membersihkan rumah. Elakkan menjirus sampah menggunakan air.
8) Jangan basuh pinggan menggunakan air yg mengalir. Gunakan tangkungan. Begitu juga jika membasuh sayur2an. Elakkan air mengalir terus.
9) Pastikan paip ditutup ketat untuk mengelakkan air terus menitis..
10) Gunakan baldi untuk mencuci kereta. Elakkan salur getah.
Cara penjimatan yang lain
1) hadiri perjumpaan dan perbincangan air di kawasan anda.
2) Sentiasa memeriksa sistem paip dalaman rumah untuk mengelakkan kebocoran.
3)Laporkan jika ternampak sebarang kerosakkan di kawasan anda.
4) Galakkan aktiviti2 kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran tempat tinggal anda.
5) Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
6) Jika PBT, tidak digalakkan untuk membina kolam2 besar di taman rekreasi kerana penjegatan air yang besar berlaku disini.

Ni pulak statistik penjimatan air
Cuci tangan/muka
Buka tap air 2 minit - 18 L
Gunakan setengah penuh besen -2 L
Jimat - 16 L

Berus Gigi
Buka tap 5 minit - 45 L
Gunakan gelas - 0.5 L
Jimat - 44.5 L

Mandi
Gunakan tub mandi - 110 L
Gunakan tap hujan -  20 L
Jimat - 90 L

Cuci Sayur-sayuran
Buka tap air 5 minit  - 45 L
Gunakan setengah penuh besen 9 L
JIMAT 36 L


Cuci Pinggan Mangkuk
Buka tap air 15 minit - 135 L
Gunakan besen penuh 25 L
JIMAT 110 L

Basuh Baju
Buka tap air 20 minit - 180 L
Gunakan besen penuh 40 L
JIMAT 140 L

Mop Lantai
Buka tap air 5 minit  - 200 L
Gunakan baldi - 18 L
JIMAT - 182 L

Cuci Kereta
Buka tap air 10 minit - 400 L
Guakan dua baldi - 18 L
JIMAT - 382 L

Siram Tumbuh-tumbuhan
Buka tap air 3 minit - 120 L
Gunakn baldi - 5 L
JIMAT 115 L

Sama-samalah kita menjimatkan penggunaan air. Dalam agama kita pun di ajar untuk tidak membazir. Kerana membazir itu amalan syaitan..

Friday, April 16, 2010

Iklan Ikea merata dunia.

Aku ni dah lama ajak Babah gi Ikea. Babah sibuk sangat ngan bisnes yang baru nak naik. Aku mestilah bagi sporting sikit. Takkan nak paksa dia. Kesian aku tengok bila dia sampai rumah je Ashraf ajak main-main pun dia takde mood.
So.. untuk melenturkan sikit ketegangan/ketagihan aku nak gi Ikea (sebab nak makan meatball je, bukan soping) aku godek-godek le Cik Google pasal Ikea ni.

Ni lokasi kat subway kat Paris. Kempen Ikea. Kenapa Ikea tak buat kat sini. Kalau kat KL Sentral tu, aduyaii.. udah le sesak. Berebut-rebut pulak nanti orang berebut nak duduk.

Ini lak kempen ikea kat Kobe, Japan. Ini sempena pembukaan store Ikea yang baru di Port Island. Iaitu pulau buatan yang hanya dihubungkan oleh monorail aje. Ikea ni dibuka menyambut musim bunga 2008.

Ini pula kempen kat New York. Tempat ini direka seperti bus stop, pondok telefon dan bangku untuk menunggu bas. Ini juga menunjukkan produk Ikea boleh dihias di mana-mana tempat pun untuk menjadikannya seperti rumah sendiri.
Ni pun kat New York juga. Kempen ni sebenarnya untuk menggalakkan New Yorkers menggunakan perkidmatan awam. Ialah.. tempat menunggu pun dah bagus dan cantik. Banyak juga bus/cab stop macam ni sekitar New York. Jangan lak ada vandalisme.
Di taman yang dihamparkan ambal/selimut dan bakul piknik dengan tema "Good design can make the everyday a little better"
Ni pulak koleksi bilik tido. Merah benau Mak Ngah. Yang tak tahan tu.. siap ada buku Kama Sutra lagi atas katil.
Ni Kat Paris. Tilam yang dibalut seakan-akan billboard digantung di stesen keretapi. Kalau terlepas keretapi atau takde tempat tinggal, boleh je ambil dan tidoooo.. Tapi kalau jatuh atas kepala orang yang lalu lalang.. amacam. Tak ke naya..
Ni pula kempen Ikea untuk politic moment.  Barang-barang Ikea digunakan untuk menghias oval office di White House. Sangat-sangat kreatiflah.
Ini adalah bilik tidur bergerak(mobile bedroom) promosi di Tempe, Arizona. boleh dilihat di sekitar Phoenix dan Tempe. Bilik tidur tu di ubahsuai di belakang van Ford dan diletakkan perkakas-perkakas bilik tidur. Dan ada 2 orang didalamnya yang sedang melakukan aksi-aksi semasa bangun dari tido. Sorry.. takde aksi-aksi lain okeh!!.
Ni pula kat Frankfurt. Iklan diletak di balkoni apartment yang plaing sibuk, menunjukkan corak laci yang ada di Ikea. Promosi ini untuk orang yg tinggal di apt yg kecil. Dan barang2 Ikea ni boleh disuaipakai di apt. yg comel2 ni.. Lebih kurang 12,000 pejalan kaki, penunggang motor dan kereta yang lalu di depan apt. ni. Gambar Mac 2008.
Ini pulak kempen ni Soho, New York. Perabut Ikea diletakkan di billboard dengan gambaran 3D menunjukkan susun atur apt di sini.
Ini di Copenhagen menunjukkan susun atur perabut bilik tidur. Bersesuaian dengan gaya hidup sekarang dimana apt. adalah sangat kecil. So muat-muat ajelah perabot Ikea ni.
Tadi di Arizona, tapi ni di Chicago pula.  Mobile showroom boleh dilihat di sekitar jalan di Chicago.
Untuk menyambut ulangtahun ke-40 Ikea di Stockholm, bangunannya dihiasi seperti kek strawberi yg sedap.
Ni pulak gambaran luar dan dalam bas. Best lah bas ada langsir. Tapi tak sesuai untuk keselamatan. Dan juga tempat bergayut kat dalam bas. Yang best.. parking meter pun kena balut.
Sebenarnya banyak lagi iklan-iklan Ikea yang best-best. Suka aku tengok. Tapi inilah yg last aku dapat tempelkan. Btw iklan ni agak lucu sikit. Iklan ni kat Singapura.

Wednesday, April 14, 2010

McDonald's around the world!

Free-free ni aku ber'blogwalking' le. Tanya cik google. Apa katanya... so mari tengok sama-sama..
McDonald ni adalah rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia. Mulanya adalah sebuah restoran yg dibuka oleh 2 beradik Dick & Mack McDonald. Tapi pada masa ini McDonald's mengisytiharkan tarikh penubuhannya sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh CEO Ray Kroc pada tahun 1955. Sebenarnya restoran Ray Kroc ni adalah yg kesembilan bagi McDonald's.
Boleh juga baca kat siniSejarah_McDonald's
Tau tak menu-menu Mcdee. Yang kita tak pernah rasa pun ada.
Macam kat INDIA..takde pun Big Macs sebab orang Hindu ni tak makan daging okeh! Kan lembu tu barang suci bagi dorang. Tapi ada juga yang moden. Makan juga daging. Ada kasta-kasta spt Brahmin yg tak makan daging.
Tapi dorang ada Maharaja Mac, yang mana ditukarkan kepada daging kambing atau daging ayam Ada gak untuk orang-orang hindu yang vegetarian. Ada McAloo Tikki.
Pastu kita gi GERMAN lak. Kat sini set dia ada sekali ngan beer.

Bila dah mabuk-mabuk kat German, kita pergi lak kat CANADA.

Kat sini pulak ada McLobster Roll atau kat Perancis dorang panggil McHomard.
Pastu kat JEPUN lak.

(gambar hiasan)
Dorang kan suka cipta entah apa-apa. Dari makanan ke barang-barang, ada je idea. Kat sini ada Ebi Filet-O berisikan atau burger udang. Ada juga Koroke Buger (hukan Karaoke tau!). Ianya adalah kentang lenyek, kobis dan sos katsu yang disumbat macam sandwich. Jangan tanya aku apa tu sos katsu. Sebab aku pun tak tau dan malas nak google. Ada juga Ebi-Chiki atau nugget udang dan Milkshake perisa Green-Tea. Kagum kan ciptaan dorang ni. Harus makan kan kalau jual kat sini.
Oket next kat NORWAY lak.

Kat Norway kan senang dapat ikan. Haruslah guna ikan pula. Tara.... McLaks. Ada ikan salmon yang dipanggang dan sos dill sebagai sandwich. Emm.. kalau kat sini mesti mahal sebab ikan salmon tu sah-sah dah tentu sekeping berhinggit-hinggit.
Udah.. lupakan saje.. Tengok lak kat CHILE.

Nama pun ala-ala don juan juga. McPollo Jr con guacamole/palta. Takde sos tomato atau cili okeh! Hanya avocado/palta paste aje. Boleh tak makan ni. Tak sesuai ngan tekak aku ni.
Pastu kita gi jalan-jalan kat COSTA RICA.

Suprise.. suprise.. kat sini boleh order Gallo Pinto yang bermaksud beras dan kacang. Tak tau le kacang apa.
Jom kita ke GREECE pulak.

Kalau kat sini terkenal ngan roti pita.. seharusnya ada Burger yang bersalut roti pita. Dorang panggil Greek Mac. Comel je namanya.
Terus kita gi HONGKONG pulak. Tapi pada masa yang terhad. Negara Asean seharusnya ada nasi. Ada juga dijual di Thailand, Korean dan Filipina juga.

Seharusnyalah tukar roti burger ke roti beras. Macam ooppss.. apa ek.. ha..macam inang-inang.. Takpe..nanti aku cari.
Pastu kita gi jenguk kat ISRAEL pulak.

(gambar hiasan)
Maaf.. ni gambar hiasan je Sebab pemegang paspot Malaysia, takleh masuk Israel. Walaupun undang-undang makanan Yahudi (kosher), kebanyakan Mcdee tidak terkecuali. Mdee ada ice cream dan cheeseburger. Dan Israel adalah satu-satunya yang masak daging atas arang berbanding menggoreng.
Ada gak McKebab, roti pita ngan perisa timur tengah(yg ni tak sure betui ke tak)
Last sekali kita gi URUGUAY


Kat sini ada McHuevo. Macam burger biasa juga tapi isinya adalah telur. Ala macam McEgg kat sini juga.
Selain itu ada juga menu-menu yang tak laku seperti
1) Hulaburger - Dicipta oleh Ray Kroc untuk Roman Katolik kerana meraka tidak makan daging pada hari Jumaat. jadi dia telah gantikan daging dari burger keju ke nenas, Nyata ianya gagal. Terus dia menukarkan ke Filet-O-Fish.
2) Arch Deluxe - direka untuk orang dewasa setelah  bertahun-tahun dijual kepada kanak2. Di isi dengan daging lembu, bawang merah, timun, tomato dan honey-mustard yang istimewa. tapi nyan merak lebih gemar cheeseburger.
3) Fried Roast Beef Sandwiches - Daging panggang. sedap. tapi kos untuk menghasilkannya adalah tinggi. Rugi le kompeni camni.
4) McPizza - emm,, sebab nak tunggu pizza ni masak adalah lama.. so..kalau nak makan pizza, gi je kat Pizza hut.
5) The Dinner - Mungkin hidangannya tak berapa kena.
6) Chicken Fajitas - tortilla pocket yg sangat comel dengan ayam dan sayur. Tapi pelanggan masih inginkan BigMacs.
7) Salad Shakers - emm.. sayuran jadi shakers. aku pun taknak. i'm not vege..
8) McAfrica - dikelurkan pd tahun 2002 semasa Afrika sedang bergelut dengan kebuluran. Yang kaya ajelah beli. Orang Afrika rasa terhina le juga.
9)McLean Deluxe - tidak berapa khasiat hidangannya. sebab tu ia dihapuskan setalah dikeluarkan pada tahun 1991.
Nota kaki: Kat Ireland ada McPork..Kat Kuwait ada McArabia dan Chicken BigMac. Kat Venice ada McHotdog. Australia ada McOz (nenas, bit dan karot) dan McBogan Burger (beef, cheese, jagung, timun, fillet ayam, mashed potato, telur, bit, bawang, tomato salami), , Poland ada WiesMac. guna mayo dressing. New Zealand ada Kiwi Burger. hanya hamburger dengan salad, bit dan telur.  Brazil ada McPastel. Korea ada Kimchi Burger. Hawaii ada McTaro Pie (taro sejenis tumbuhan berwarna purple). Filipina ada McSpaghetti.Kat Munich ada El Pikante (hamburger ngan roti pita dan sos masam. Neitherland ada McKroket (bun dgn mayo sos. dan burger)

Tuesday, April 13, 2010

Berenang

Setiap Ahad, jika takde apa-apa program, Ashraf pergi berenang. Biasanya kami pergi di Pusat Kejiranan Precint 16. Kat belakang Alamanda aje. Lepas je Petronas, masuk kiri. Kat sini macam-macam ada. Dewan untuk kenduri kawin, gim, tenis court, badminton court, squash court dan semestinya kolam court oppss.. kolam renang daa...
Ashraf biasanya berenang dengan best fren dia, Abang Nabil.
Inilah teman gaduh, dan juga teman berborak dia. Selalu gaduh sebab berebut board biru tu. Abang Nabil pun ada, tapi selalu terlupa bawa. Abang Nabil ada sorang kakak. Kak Dinie. Dia pun join berenang juga. Tapi Ashraf suka bagi Kak Dini pinjam board tu sebab Kak Dinie kan perempuan.. heheh.. pandai anak ibu.
Tapi kali ni, Ashraf ada ramai kawan-kawan. Ada Kak Long, Kak Ngah dan Kak Lang. Semua ni anak kawan-kawan ibu. Mak-mak dorang ni semua adalah `school-mate' ibu masa kat sekolah menengah. Termasuklah Babah. Itu anak-anak Mastura. Abang Nabil dan Kak Dini tu anak Ana Rahim.
Seronok dia orang ni main. Ibu masa kecik2 dulu, takde pun pergi kolam renang. Itulah sebabnya ibu belajar berenang sekarang ni. Itupun baru je kuak dada ngan gaya bebas. Takpe... Minggu ni akan belajar yang lain pulak.
Biasanya Auntie Ana akan tengok2kan Ashraf, Nabil ngan Dinie sementara ibu belajar. Dan bapak2 pulak lepak2 kat kedai minum. apa lagi... sembang2 sambil mencemar alam le..