SuperHeroin kawan nuffnang

Wednesday, January 10, 2018

Tahun baru 2018

2018 menjengah. Azam yang x berapa nak berazam sangat sebab azam dibuat setiap pagi. Tapi sentiasa berdoa diberi kesihatan yang terbaik, kehidupan yang tenang, keluarga yang bahagia, wentiasa mendapat rahmat Allah dan setiap hari mendatang lebih baik dari semalam.
Dan aku percaya rezeki dan rahmat Allah tu sentiasa ada. Datang dalam pelbagai bentuk. Hanya kita yang tidak perasan. Asyik diulit benda-benda yang negatif.
Jadi tahun ini semoga kita semua berada dalam lingkungan aura yang positif.
Moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Dianugerahkan segala kebaikan hidup dan positif dalam menghadapi cabaran dalam alaf yang serba mencabar.

#aja aja figting
#ikeapenang
#180110

Sunday, October 22, 2017

Jalan ke Penang selepas 5 tahun

Iyam selepas 5 rahun aku kembali bekerja di Pulau Pinang. Tapi bukan kat pulau. Kat Batu Kawan.

Pertama sekali singgah kat Astaka Padang Brown. Nak makan steamboat sekali untuk makan malam. Terbaik la. Dengan pasembur sekali. Banyak pilihan.



Sunday, October 08, 2017

Kembali semula disini

Tahun 2012 aku tinggalkan Pulau Pinang dengan projek kilang Bose. Dan sekarang aku kembali ke sini semula untuk projek Ikea Penang, yang hanya dibelakang kilang Bose. Semuanya kebetulan.
Insya Allah sampai hujung tahun aku disini. Tak sanggup nak tinggalkan 2 hero kat rumah tu..
Entah apalah yang jadi kat rumah tu. Setiap sejam pasti deringan telefon kedengaran.
Hari ni 8 oktober 2017 aku menyewa sebuah bilik di Taman Idaman Simpang Ampat. Semoga perjalanan ke tempat kerja esok dipermudahkan. Amin.

Sunday, May 14, 2017

Mylife, me, you and others.

 
Hai.. Salam.. Selamat bertemu lagi. Setelah lama menghilang.
Sebenarnya sibuk sekarang ni. Maklumlah projek jauh nun kt Bukit Raja. Rutin hari-hati memandu 68km pergi dan 68 km balik. Tu baru km. Belum kira berapa jam memandu. Termasuklah mengharungi jem kt Elite highway.
Ashraf sekarang pun dah sudah darjah 5 tahun ni. UPKK just around the corner.
4 tahun meninggalkan dunia blog ni, macam macam berlaku. Pejabat baru, rakan baru dan yang paling terharu aku kehilangan insan tersayang iaitu ibu ku. 
Betul la kata orang, jika sampai masanya, sakit bukanlah syarat untuk mati. Jua tua bukanlah syarat untuk mati.

Friday, September 26, 2014

What a life!

Mengingati perkara-perkara terbaik tahun ni untuk catatan sendiri:

1. Tahun 2014 aku buat korban lagi RM500 Alhamdulillah
2. Ashraf makin besar dan makin banyak cakap. kekadang terperanjat apa saja keluar dari mulut dia.
3. Kerja yang semakin bosan. Kalau ada peluang lain... dan duduk rumah je..SOHO
4. Cucu bertambah ..25sept14..Syasya isteri Nizam bersalin baby girl and im become granny again.
5. Plan nak gi umrah 16june2014 tak dapat. Visa pun tak lepas, So minta balik duit dan plan to get another agency.
6. Sentiasa doakan yang babah sentiasa ada rezeki yang mengebelahi dia untuk kami sekeluarga.

Wednesday, April 10, 2013

Kerjaya baru tempat lama

Salam sejahtera buat hujan yang rancak membawa mutiara  dari Allah. Kedinginan terasa kat rumah ni. Tak payah nak pasang penghawa dingin pun. Dua tiga hari ni memang hujan lebat sungguh.  Aku bersyukur sangat sebab hujan kan bawa rahmat. Pokok bunga aku pun tak menjerit minta aku siram. Aku tengok kembang bukan main lagi.. Tapi rumput 
By the way, aku kembali ke tempat asal aku. Setelah 5 tahun meninggalkan mereka semua, aku kembali semula. Tapi kembali dengan ilmu di dada okeh!
Aku sebenarnya amat seronok kerja di tempat lama. Sebab tiada punca card. Ahahahaaaa... Boleh datang sesuka hati dan balik pun sesuka hati. Tapi pastikan kerja siap ok! Dan boleh berkawan dengan dengan pelbagai warna kulit. Cerah hingga ke sawo matang dan ke atas..hehehee.. Sendiri kena  fikir. Tapi 2 bulan pertama tahun baru ini, aku merasakan macam makan gaji buta aje. Datang opis then asyik bodek internet pastu petang-petang tunggu office manager aku balik. 5 minit aje lepas dia blah, kita orang pun angkat bag. Memang heaven betul masa tu. Tapi aku takut lelama nanti skill aku hilang.. Cehwahhhhh.... Ahahahaha... Cukup bulan tunggu gaji masuk. Kalau lambat, marah-marah kat admin. Pastu admin MC tetiba. Office Penang kelam kabut. Panggil pula staf  Singapura untuk support. Dan yang pasti aku tak pernah hantar time sheet sejak tahun baru itu. Aku tak tahu nak letak kat projek mana. Kalau letak sebarangan nanti, projek manager lak banyak songel. Janji hujung bulan gaji aku masuk tanpa kena potong apa-apa. Hehehee... Senangnya hidup aku. Entah berkat ke tidak rezeki aku beri keluarga aku makan. Hanya ALLAH aje yang tahu. Bukan aku tak nak kerja, tapi kompeni yang tak ada kerja. Kalau nak kerja, aku kenalah duduk Penang. Aku tak nak pening-pening. Untuk menyelesaikan masalah aku, aku sesama email kat bos lama aku. Positif respon pulak.

Thursday, January 17, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Rasanya tak lambat lagi nak ucap selamat tahun baru 2013. Hari ni masih lagi di bulan January. Tapi dah 17 haribulan la. Lambat takpe daripada takde. Tak gitu?
Orang lain mesti sibuk fikir pasal azam. Tapi aku dah tua-tua ni malas nak buat azam. Lagipun azam selalu tak tercapai je. So apa yang penting bagi aku adalah wajib bersyukur kerana masih lagi mempunyai masa untuk bersama keluarga. Azam setiap hari ajelah untuk memberi masa yang terbaik untuk keluarga. Takyah nak tunggu tahun baru nak  berazam. Tiap-tiap hari pun boleh.
Tahun ni Ashraf dah mula bersekolah Darjah satu. Dia bersekolah di Sekolah Rendah Agama Intregrasi Bandar Baru Bangi. Tapi dia biasa bersekolah, so tak takut pun. Tapi hanya malu-malu je bila aku cium-cium dia sambil peluk-peluk depan pintu pagar sekolah.
Aku hanya memberi dia bekal seperti roti sandwich telur atau nugget dan juga duit RM1 je. Sebab pukul 9 dia boleh makan bekal. Dan pukul 12 pulak makanan dah disediakan sebab tiap2 bulan aku bayar RM50. So tiap-tiap hari bawa balik duit seringgit tu. Oklah. Bolehlah dia menabung. Belajar menyimpan.
Oklah sambung lain kali jelah. Aku pun dah mengantuk. Nak bangun pukul 5pagi.

Monday, July 30, 2012

Adegan bulan puasa

Sabtu lepas aku ke kedai nak beli bahan-bahan masak untuk berbuka. Biasa lah. partner aku, mestilah Ashraf. Dia pun sama nak masuk kedai. Adalah yang dia hajat tu. Dah biasa dah taktik tu. Dia ambil roti coklat Gardenia dengan air botol F&N oren. Masuk je kereta, dia terus nak buka roti. Terlupa yang yang tu puasa. Sempat le aku tahan. Kalau tak... sendawa kekenyangan le jawabnya.
So, dia kata nak simpan untuk berbuka. Oklah tu. Tapi bila sampai waktu berbuka, tak le pulak dia nak makan roti sebab semestinya ibu masak sedap..... hehehehe.So simpan le roti tu untuk esok.
Keesokkan harinya, aku dah nak balik Penang. Kali ni balik awal sikit sebab dah lama tinggalkan opis. Nak naik kapal terbang mahal giler untuk harga sehala boleh dapat tiket pergi balik. Cekik darah le kalau beli lambat. So aku try le naik bus untuk pertama kalinya ke Penang. Aeroline Couch. Aku nak le bawa bekalan untuk berbuka dalam bas nanti. Dah tentu air dan juga roti coklat Ashraf. Marah dia. Katanya nak makan berbuka nanti. Oklah aku kata. Aku 'pack' barang-barang aku yang lain.
Dalam diam-diam, dia masukkan 4,5 biji pisang dalam beg plastik. Pastu dia bagi aku, Katanya untuk berbuka dalam bas. Ya Allah! punyalah terharunya aku. Dia boleh terfikir nak bekalkan aku makanan. Aku pun tak ingat ada pisang. Menitis air mata aku ni. Aku berharap semoga dia sentiasa ingat jasa ibu dan babah dia ni, walau apa jua keadaan pun. Dan sentiasa mengembirakan kami.

#nota kaki: aku tulis sebab aku takut aku lupa peristiwa ini pernah berlaku dalam hidup aku.

Sunday, June 24, 2012

kesian ibu kan...

--telefon berbunyi--
aku : hello
pemanggil: assalammualaikum ibu
aku: waalaikummussalam sayang..ashraf, ibu tengah drive,nanti ibu call semula
pemanggil : ok ibu. assalammualaikum
aku: waalaikummusalam

5minit berlalu, telefon berbunyi kembali
aku : hello
pemanggil: assalammualaikum ibu
aku: waalaikummussalam sayang..ashraf, ibu nak parking jap. nanti sampai rumah, ibu call
pemanggil : ok ibu. assalammualaikum
aku: waalaikummusalam

5minit berlalu, telefon berbunyi kembali
aku : hello
pemanggil: assalammualaikum ibu
aku: waalaikummussalam sayang..ashraf, ibu dalam lift, nanti ibu call balik
pemanggil : ibu ni asyik kata nak call aje, tapi tak call call pun
aku: sorrylah sayang. rumah ibu bukan macam rumah kita. parking depan rumah aje, dah terus boleh masuk
pemanggil : oklah. nanti ibu call tau!
aku : Insya Allah sayang. Assalammualaikum
pemanggil : waalaikummusalam


5minit berlalu, telefon berbunyi kembali
aku : hello
pemanggil: assalammualaikum ibu
aku : waalaikummusalam sayang
pemanggil: ibu, ibu dah sampai rumah ke?
aku : dah sayang. baru je sampai
pemanggil : ibu nak mandi ke?
aku : iyalah sayang.. busuk ni. ibu nak mandi, nak solat. dah siap semua baru ibu nak call ashraf.
pemanggil : iyelah tu (hahah..ala-ala tak percaya)
aku : iya. mestilah ibu call.
pemanggil : oklah ibu. assalammualaikum

5minit berlalu, telefon berbunyi kembali. tapi aku dalam bilik air. tak sabar-sabar ashraf ni. sian ibu. kelam kabut tau!

Wednesday, May 09, 2012

Day 2 - KK Taman-taman Tuanku Abdul Rahman

ok.. next, sambung story kita. Hari ke 2 adalah hari Ahad. So i plan nak gi Pasar Tamu Jalan Gayah. Pasar ni akan buka hanya hari Ahad je, bukan hari lain. Kat Jalan Gayah ni, jalannya ditutup semata-mata untuk pasar tamu ni. Buka dari kol 6 pagi sampai 12 tengahari. So pepagi lagi kita orang breakfast dulu kat Marina Court. Lepas tu lebih kurang pukul 7:30pagi, dah siap-siap nak gi pasar. Kat sini, kol 6 dah cerah. Macam kol 8 pagi. So nak start apa-apa aktiviti, kenalah bangun awal.
Tapi sorry takde sekeping gambar pun kat pasar gayah sebab 'cameraman' kena tunggu dalam kereta sebab takde parking. Sempat le aku rembat 'brooch' ngan fridge magnet.
Pastu lebih kurang kol 10, bermulalah aktiviti selanjutnya. Dah janji dengan Aman, pemandu bot, untuk bawa kami ke Taman-taman Tuanku Abdul Rahman. Parking kereta kat belakang Le Meredian. Tak tau le kena parking ke tak. Ala.. bayar ajelah nanti. Kita orang janji berjumpa Aman kat belakang pasar Filipina. Lebih kurang 30min, barulah bot sampai. Kami sewa 1 bot dengan kadar RM250 untuk 3 pulau. Pastu bayar untuk jaket 4, snokeling set 4, kena bayar RM30 je rasanya. Maafle..bukan aku bayar, 'banker' yang bayar.
Langit yang cantik untuk gi snorkeling
 Kami memilih untuk ke pulau yang paling jauh dulu, iaitu Pulau Manukan. Perjalanan dengan bot agak menakutkan sebab ombak kuat. Pegang ajelah bot tu kuat-kuat.
Maaf! ni bukan bot kami. Kalau inilah botnya, confirm aku tak turun ke pantai.
 Ni kapal persiaran orang kaya kot. Ala yang jenis tak turun kat pantai. Hanya lepak-lepak dalam kapal sambil-sambil 'bathing'. aku agak ajelah.. hahah
Jeti Pulau Manukan

Cantikkan..

Jeti penyambut tamu ke Pulau Manukan
 Kat pulau pertama ni, kita bayar 'entry fee' RM3.00 dewasa dan RM1 kanak-kanak bawah 17tahun. Simpan tiket untuk digunakan di pulau-pulau yang lain. So apa lagi.. kita enjoy.. Kami lepak 1 jam kat sini sebab janji dengan pemandu bot kami.
Bot kami lebih kurang camni le..

Rombongan Cik Kiah ke KK
Syok berenang woooowww...ni pantai Manukan
Jeti kat Pulau Mamutik.

Jeti penyambut tetamu Pulau Mamutik
 Pulau Mamutik adalah yang tercantik antara 3 pulau yang aku pergi. Pantai pun tak jauh dari daratan, dan bersih juga. Kami lepak kat sini 1 jam juga.
Mercu tanda Pulau Manukan.

Pintu menyambut tetamu Pulau Sapi
Pulau yang ke 3 adalah Pulau Sapi. Agak ramai disini dan pantainya agak kotor. Permandangan di jeti cantik, tapi pelancung-pelancung tak menjaga kebersihan.
Lain kali kalau ada rezeki, aku ingat nak gi Pulau Manukan ajelah. Selesa sikit. Takyah penat-penat redah pulau-pulau yang lain. ok.. sambung next entry.